ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keupayaan kembar Proton e.MAS 7, Geely Galaxy E5 terbukti dalam sesi “Driving Impression”

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya sesi “Driving Impression” untuk model Geely E5 hasil kolaborasi antara Proton dan Geely di Litar Ujian Proton.

Sesi ini memberi peluang kepada peminat EV untuk merasai sendiri model Geely E5 dengan pemanduan kiri (LHD) yang merupakan ‘model kembar’ kepada Proton e.MAS 7.

Program ini turut mempamerkan teknologi pintar yang ditampilkan secara dekat. Geely E5 telah mengharungi keadaan cuaca yang sangat mencabar di sepanjang perjalanan sejauh 3,700 km dari China ke Malaysia.

Acara ini menekankan bukan sahaja kehebatan kejuruteraan E5, malah kualiti binaan kukuh dan ketahanan model kembarnya, e.MAS 7.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Peminat EV turut menguji keselesaan dan prestasi kawalan kenderaan tersebut, memandu pada kelajuan antara 60 hingga 100 km/j sambil merasai teknologi inovatifnya dan menilai kualiti pada reka bentuk dalaman dan luaran kenderaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pihaknya percaya bahawa kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan adalah penting dalam memupuk inovasi dan kolaborasi.

Usaha bersama Proton dan Geely telah menghasilkan pembangunan yang berjaya untuk e.MAS 7. Proton sangat berbangga dapat mengintegrasikan teknologi bertaraf dunia yang telah diuji dan terbukti dalam keadaan yang sebenar.

Media yang terpilih telah dibawa ke Litar Ujian Proton sejurus tiba di COE di mana mereka diberi peluang untuk memandu Geely Galaxy E5 di Litar Ujian selepas taklimat produk dan keselamatan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pihak media mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat model pembangunan Proton e.MAS 7, yang baru-baru ini dipandu dari Guiyang, China sehingga ke Shah Alam, Malaysia.

Ketika berada di sebalik roda, pihak media bukan sahaja dapat merasai keselesaan yang mencukupi, kemudahan yang terbaik dan teknologi yang pintar tetapi juga dinamik pemanduan serta kawalan kestabilan ketika mengambil selekoh pada laluan Litar Ujian.

Pihak media turut berpeluang melihat buat kali pertama platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) dan sistem pengurusan rangkaian kuasa Geely dalam EV dengan pemanduan kiri.

Pandu uji ini memberikan peluang kepada pihak media untuk meningkatkan keyakinan dan kesedaran mengenai teknologi pintar dan inovatif yang turut disertakan dalam e.MAS 7.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply