Hyundai Motor Company baru-baru ini merasmikan kilang pengeluaran berskala penuh yang pertama di Asia Tenggara, Hyundai Motor Manufacturing Indonesia yang terletak di kompleks perindustrian Deltamas berhampiran Cikarang, Indonesia, 40 kilometer di timur Jakarta.
Ini susulan dari pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan Indonesia untuk membina dan mengendalikan kilang pengeluaran tempatan yang bakal menjadi hab pengeluaran Hyundai untuk pasaran Asia Tenggara.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, Duta Besar Korea ke Indonesia, Park Tae-sung, Pengerusi Eksekutif Hyundai Motor Group, Euisun Chung dan beberapa kenamaan yang lain.
Kilang tersebut telah siap dibina bulan Disember lalu dan ia mempunyai kapasiti pengeluaran awal sebanyak 150,000 unit. Hyundai juga merancang untuk melabur kira-kira USD 1.55 bilion (RM6.5 bilion) dan kapasiti pengeluaran dijangka ditingkatkan kepada 250,000 unit.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Fasiliti pengeluaran ini juga menampilkan teknologi mesra alam seperti pemasangan panel solar dan ia bakal menggunakan cat berasaskan-air mesra alam dalam proses mengecat kenderaan. Buat masa ini, antara model yang dihasilkan di kilang tersebut adalah Creta dan Ioniq 5.
Hyundai juga sedang bekerjasama dengan LG Energy Solutions untuk membina kilang sel bateri di Karawang yang dijangka siap pada separuh pertama 2023 dan memulakan pengeluaran pada 2024.
Selain itu, Hyundai juga bakal menghasilkan model SUV, Santa Fe bermula separuh pertama 2023 dan MPV kecil strategik khusus untuk pasaran Asia Tenggara pada separuh kedua 2022 di kilang yang sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
KOMEN TERKINI