ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSDM lancar Hyundai Ioniq 5 – Dua pilihan kapasiti bateri, harga bermula dari RM199,888

Berita Tempatan

Views

Hari ini secara rasminya Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model kenderaan elektrik (EV) penuh keduanya, Ioniq 5 ke pasaran tempatan. Ioniq 5 merupakan model EV kedua selepas pengenalan model Kona Electric tahun lalu.

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Ioniq 5 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian dan dua kapasiti bateri berbeza, iaitu:

  • Ioniq 5 Lite
  • Ioniq 5 Plus
  • Ioniq 5 Max

Ioniq 5 adalah kenderaan pertama yang dibangunkan dari Pelantar Modular Elektrik-Global Hyundai (E-GMP) yang mampu bergerak sejauh 481 kilometer dan kelajuan maksima mencecah 185 km/j.

Dari luaran, ia menampilkan gaya rekaan yang unik yang diinspirasikan dari reka bentuk Hyundai Pony dengan ukuran jarak antara gandar 3,000mm. Pemegang pintu jenis tersorok pula memberikan reka bentuk permukaan yang bersih serta meningkat kecekapan aerodinamik.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Bentuk depan dan juga belakangnya seakan-akan bergabung bersama pintunya, sekali gus menawarkan satu lagi contoh kepada falsafah reka bentuk ‘Parametric Dynamics’ Hyundai.

Model EV ini menawarkan rekaan dalaman inovatif bertemakan ‘Living Space’ dengan penggunaan bahaan mesra-alam pada kebanyakan titik sentuh. Ia juga didatangkan dengan ketersambungan yang canggih dan ciri bantuan pemandu yang memastikan tahap keselamatan yang optimum.

Ia turut menyokong teknologi pengecasan pantas 400V dan 800V tanpa memerlukan penyesuai (adapter). Ioniq 5 turut boleh dijadikan penjana kuasa bergerak menerusi soket kenderaan-kepada-beban (V2L) yang membekalkan 3.6 kW tenaga elektrik.

Dengan pengecas 50-kW DC, Ioniq 5 mampu dicas dari 10 peratus hingga ke 80 peratus hanya dalam tempoh 47 minit, manakala pengecas AC di rumah standard 11 kW boleh mengecas dari sifar peratus hingga bateri penuh 100 peratus dalam masa 6.1 jam.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Harga yang ditawarkan bermula dari RM199,888 untuk Ioniq 5 Lite, RM229,888 untuk Ioniq 5 Plus, dengan kapasiti bateri 58.2 kWh, manakala varian tertinggi dengan kapasiti lebih besar 72.6 kWh, Ioniq 5 Max pula dijual pada harga bermula dari RM259,888.

Harga tersebut adalah tanpa insuran, termasuk duti import dan eksais, cukai jualan serta cukai jalan. Model ini ditawarkan dengan waranti standard selama 2 tahun atau 50,000 km (yang mana terdahulu). Waranti untuk pek bateri pula adalah selama 8 tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pakej lanjutan waranti dan pakej servis: RM10,000 yang merangkumi lanjutan waranti standard kepada 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) termasuk servis penyelenggaraan selama 3 tahun atau 50,000km (yang mana terdahulu). Jaminan untuk bateri EV masih sama.

Pemasangan standard stesen mengecas 7kW AC ditawarkan pada harga RM6,000, manakala pemasangan standard untuk stesen mengecas 22kw AC adalah pada RM7,000. (*Pelanggan perlu menanggung kos tambahan sekiranya penambahan kabel semasa pemasangan).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply