ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket tambah nilai Touch n Go secara tidak sah diserbu, lima individu ditahan

Berita Tempatan

View

Polis menahan lima individu termasuk tiga wanita kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan tambah nilai Touch n Go (TnG) dan kad mata ganjaran secara tidak sah dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Cheras, semalam.

Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya membuat serbuan di lokasi berkenaan kira-kira 4 petang.

Dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan bersama dua wanita warga asing berusia 30 tahun hingga 46 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pihaknya turut merampas satu komputer riba, lapan telefon bimbit, 1,400 kad Touch n Go, 5,200 kad mata ganjaran, 35 ikatan resit kad ganjaran, tiga buku cek dan satu pembaca data kad yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan itu.

Mohd Mahidisham berkata, siasatan awal dilakukan mendapati sindiket itu mula beroperasi sejak Mac 2021 dan kad-kad yang sudah ditambah nilai secara tidak sah digunakan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Mangsa dalam kes ini adalah syarikat TnG dan difahamkan sindiket berkenaan berjaya menambah nilai 22 kad berjumlah RM12,500.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Tambahnya, semua suspek direman tiga hari bermula semalam hingga 19 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana membuat capaian tidak sah.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti tambah nilai tidak sah ke atas kad TnG atau sebarang kad mata ganjaran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599.

Mereka juga boleh menyalurkan maklumat menerusi Whatsapp CCID Infoline di talian 013-2111 222, semakmule.rmp.gov.my atau mana-mana balai polis berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis KL

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply