ARKIB

KATEGORI

Info

Pra-pelancaran Proton X50 15 September ini – Imej kunci tertiris di media sosial

Info

Views

Seperti yang pernah kami war-warkan dalam artikel terdahulu, pra-pelancaran Proton X50 akan berlangsung pertengahan bulan ini, atau tarikh lebih tepat 15 September 2020. Ia bakal dilangsungkan di Tanjung Malim dan bakal dihadiri oleh para tetamu kehormat, jemputan dan juga pihak media.

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Acara yang bakal dilangsungkan itu bukanlah majlis pelancaran seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana dan hari ini, tular pula satu imej yang memaparkan kunci model tersebut. Jika diperhatikan, ia mempunyai persamaan dengan kunci Geely Coolray (BinYue@SX11) dan besar kemungkinan ia mempunyai fungsi untuk menghidupkan enjin secara kawalan jauh.

Bermula minggu ini juga, Proton memulakan sesi latihan dan taklimat mengenai  X50 di kepada para penasihat jualan (SA) di Semenanjung Malaysia dan ia disusuli oleh Malaysia Timur minggu depan. Ketika artikel ini ditulis, kami mendapat maklumat terbaharu yang mengatakan model ini akan ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu putih, kelabu, perak, putih, biru dan oren, selain kombinasi warna dwitona.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo (Drive E) yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-cekam (DCT). Proton bakal menawarkan tiga pilihan varian untuk model X50 yang terdiri dari varian Standard, Executive dan Premium/Sport.

SUV segmen-B ini akan dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap dua yang merangkumi ciri Kawalan Jelajah Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki untuk varian paling tinggi.

Kami akan cuba membawakan maklumat terkini dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply