Edisi ke-10 telah melabuhkan tirainya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
KLIMS tahun ini telah berjaya menarik seramai 183,221 pengunjung di sepanjang tujuh hari pameran tersebut berlangung.
Acara yang bertemakan “Melangkaui Mobiliti” itu telah berjaya menarik hampir 70 jenama automotif dan mobiliti terkemuka dengan memberi tumpuan kepada kemampanan dan elektrifikasi sebagai teras inovasi.
Antara jenama-jenama terkenal yang mengambil bahagian termasuklah Toyota, Perodua, Proton, Honda, Mitsubishi, Nissan, Mazda, Kia, Great Wall Motor (GWM), MG Motor, XPeng, Modenas, Kawasaki, Aion, Royal Enfield, Harley-Davidson, Peugeot, dan Leapmotor.
Para pempamer memperkenalkan pelbagai kereta konsep dan prototaip yang mengagumkan, termasuk Toyota yang mempamerkan inovasi seperti FT-3e, Land Cruiser SE, Hilux FCEV, dan Kayoibako.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Nissan pula menarik perhatian pengunjung dengan Hyper Tourer, manakala Honda memperkenalkan Prelude Concept bersama skuter elektrik boleh lipat, Motocompacto dan konsep kereta terbang eVTOL.
Wakil tempatan iaitu Perodua telah mempamerkan kereta konsep EVnya, iaitu eMO-II, serta konsep Ativa Fuze yang ranggi.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Bin Mohd Zain, berkata, KLIMS 2024 memperlihatkan komitmen Malaysia dalam membentuk masa depan pengangkutan.
Tambah beliau, KLIMS 2024 tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada penaja iaitu UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT), Perodua Sales Sdn. Bhd., DRB-HICOM EZ-Drive Sdn. Bhd. (Avis Malaysia), Elala Sdn. Bhd., Charge And Ride Sdn. Bhd. (EForge Bikes), DM Dasher Sdn. Bhd. (Dasher Malaysia), Affin Bank Berhad, dan Carage Sdn. Bhd. (The Carage).
Acara ini turut meraikan para pempamer menerusi Anugerah Reka Bentuk Reruai Terbaik merentasi pelbagai kategori. Berikut adalah senarai pemenang utama mengikut kategori:
Kategori OEM (400 meter persegi ke atas)
- UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
- Proton Holdings Bhd.
- Perodua Sales Sdn. Bhd.
Kategori OEM (399 meter persegi dan ke bawah)
- Stellantis Malaysia Sdn. Bhd. muncul sebagai pemenang keseluruhan
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kategori Bukan OEM
- PECCA Leather Sdn. Bhd.
- Wedrink Enterprise Management (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Didi Group
Anugerah Reka Bentuk Reruai Terbaik dinilai berdasarkan kriteria termasuk daya tarikan visual dengan grafik yang menarik perhatian dan perwakilan jenama yang jelas sejajar dengan tema “Melangkaui Mobiliti”.
Mohd Azzarain Abdul Aziz muncul sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah dan berjaya membawa pulang Toyota Yaris 1.5G Limited, manakala Leaw Xiu Qi muncul pemenang hadiah pertama dengan memenangi Perodua Axia.
Hadiah telah disampaikan semasa Majlis Penghargaan yang dianjurkan oleh MAA. Menurut Pengurus Pameran KLIMS 2024, Richard Teo dari Qube Integrated Malaysia, pihaknya berbangga dapat menganjurkan acara yang bukan sahaja menonjolkan yang terkini dalam industri automotif, malah meletakkan Malaysia sebagai hab inovasi dan kemampanan dalam mobiliti.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua media, pengunjung, pempamer, dan penaja yang telah menjadikan edisi penting ini satu kejayaan yang luar biasa.
Semangat inovasi, kerjasama, dan kemampanan akan terus memacu industri ke hadapan sementara kita menantikan edisi akan datang KLIMS.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI