ARKIB

KATEGORI

Buletin

e-Invois beri impak minimum kepada jualan kereta – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Penggunaan e-Invois dijangka memberi impak minimum terhadap jualan kereta dalam syarikat pengeluar kereta giat menawarkan pelbagai diskaun dan rebat bagi memastikan permintaan kekal kukuh.

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata meskipun begitu pelaksanaan e-Invois dijangka menghentikan amalan pembiayaan sewa beli 100 peratus.

Akta Sewa Beli 1967 menetapkan pelanggan perlu membuat bayaran pendahuluan minimum 10 peratus.

“Walaupun e-Invois dijangka memberi impak kepada amalan pembiayaan, namun ia tidak menjejaskan sentimen pengguna,” katanya dalam nota penyelidikan.

“Malah, pengeluar kereta turut menawarkan pelbagai insentif bagi mengurangkan kesan e-Invois terhadap sentimen pengguna.”

Wan Mustaqim berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka mengurangkan kos alat ganti automotif pada separuh kedua tahun hadapan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Pengeluar automotif biasanya membeli inventori enam bulan lebih awal bagi memastikan bekalan berterusan. Penurunan kos alat ganti dijangka meningkatkan margin keuntungan mereka,” katanya.

Beliau menjelaskan, pasaran automotif mampu milik di peringkat domestik dijangka kekal kukuh tahun ini dan berterusan sehingga 2025.

“Segmen mampu milik dijangka tidak terjejas kerana kumpulan sasarannya, iaitu golongan B40, tidak akan terkesan oleh rasionalisasi subsidi bahan api yang akan datang. Malah, mereka berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif,” katanya.

“Kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024 juga akan membantu memulihkan kuasa beli yang terjejas oleh inflasi tinggi.”

Bagaimanapun, Wan Mustaqim berkata, situasi mungkin berbeza untuk segmen pasaran pertengahan.

Kumpulan sasarannya, iaitu golongan M40, mungkin menangguhkan pembelian kereta baharu, beralih kepada kereta lebih kecil atau kenderaan elektrik (EV) bagi mengurangkan kos bahan api apabila rasionalisasi subsidi bahan api diperkenalkan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Jualan kenderaan juga dijangka disokong oleh pengenalan kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan insentif kemudahan EV lain sehingga 2025 untuk model import sepenuhnya (CBU) dan 2027 untuk versi pemasangan tempatan (CKD).

“Pendaftaran baharu BEV meningkat daripada 274 unit pada 2021 kepada lebih 3,400 unit pada 2022, 10,159 unit pada 2023, dan hampir 16,000 unit bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini,” katanya.

“Kami menjangkakan insentif lebih menarik daripada kerajaan yang telah menetapkan sasaran nasional untuk EV dan kenderaan hibrid sebanyak 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030 dan 38 peratus menjelang 2040.”

Kerajaan juga akan mempercepatkan proses kelulusan stesen pengecasan EV. “Jumlah stesen pengecasan yang dicadangkan kini sebanyak 4,225 (3,354 telah dibina setakat ini) dijangka hampir tiga kali ganda kepada 10,000 menjelang akhir 2025,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply