ARKIB

KATEGORI

Buletin

Status projek HSR KL-Singapura belum diputuskan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan belum memutuskan status projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan disambung semula atau sebaliknya, memandangkan ia masih di peringkat perbincangan awal.

Berita Harian melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, berkata projek itu yang sebelum ini terbatal apabila perjanjian dua hala mengenai projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura luput, pada 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, katanya, cadangan rundingan semula projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura dibangkitkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, pada 29 November lalu.

Dalam maklum balasnya, Perdana Menteri Singapura terbuka untuk menerima cadangan baharu dari Malaysia untuk projek HSR ini.

Beliau ingin menekankan, kemungkinan menghidupkan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Beliau menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (Bagan-DAP) sama ada projek HSR Kuala Lumpur-Johor Bahru akan dibatal dan digantikan dengan cadangan pemulihan HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Mustapa juga menyangkal persoalan Guan Eng berhubung kos projek HSR Kuala Lumpur-Singapura boleh dikurangkan kepada RM50 bilion, selain menyifatkannya sebagai tidak berbangkit.

Beliau berkata, berdasarkan anggaran Malaysia menerusi model dicadangkan, iaitu HSR 2.0 (Baharu), kos projek adalah jauh lebih rendah dengan kos cadangan HSR 1.0 dan HSR 2.0. Selain itu, katanya, antara struktur model terkandung dalam cadangan HSR 1.0 dan 2.0 ialah pewujudan syarikat Assetco.

AssetCo adalah syarikat dimiliki pihak swasta dan dikawal selia bersama Kerajaan Malaysia dan Singapura. Ia berfungsi sebagai pemilik sistem dan aset kereta api yang bertanggungjawab untuk membina, membiayai, menyelenggara sistem dan aset kereta api serta melaksana perolehan dan penyelenggaraan.

Katanya, melalui model HSR 2.0 (Baharu) dikemukakan kepada Singapura, Malaysia mencadangkan supaya AssetCo dimansuhkan. Cadangan ini tidak dipersetujui Singapura, dengan itu, perjanjian dua hala ditandatangani pada 13 Disember 2016 telah terbatal.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan memutuskan supaya kajian daya maju projek HSR Kuala Lumpur-Iskandar Puteri dilaksanakan, apabila HSR Kuala Lumpur-Singapura terbatal.

Katanya, kajian dilaksanakan pada Februari lalu itu sudah selesai dan akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat bagi menentukan hala tuju cadangan projek berkenaan.

Beliau juga menjelaskan semua rundingan mengenai projek HSR diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sejak 2013.

Bagaimanapun, Jemaah Menteri pada pertengahan 2020, memutuskan supaya beliau mengetuai rundingan untuk memuktamadkan projek berkenaan dengan Singapura.

Ketika ini, kerajaan dalam proses memindahkan syarikat MyHSR Corp Sdn Bhd, syarikat tujuan khas yang bertanggungjawab merundingkan hal teknikal mengenai projek HSR daripada pengawasan Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pengangkutan.

Kata beliau lagi, semua perbincangan dan rundingan seterusnya mengenai hala tuju projek ini akan dikendalikan Kementerian Pengangkutan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply