Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Bahru telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Skudai bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna petrol RON95.
MalaysiaGazette melaporkan, menerusi kenyataan media di laman rasmi facebook KPDNHEP, sebanyak 15 stesen minyak telah diperiksa bermula dari 9 malam semalam melibatkan pelbagai jenama stesen minyak.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Sikap sesetengah warga Singapura yang tidak bertanggungjawab mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak dekat Johor Bahru baru-baru ini.
Selain memberi peringatan kepada pekerja stesen minyak, teguran juga diberikan kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran negara asing agar tidak membeli RON95.
Larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Sehubungan itu, KPDNHEP Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat termasuk gambar serta lokasi stesen minyak sekiranya mereka terlihat kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95.
Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-279 4317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit KPDNHEP JOHOR
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI