ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dihambat MPV polis sejauh 55km sebelum terbabas, rupanya bawa daun ketum dengan ubat batuk

Berita Tempatan

Views

Polis mengejar dua lelaki yang membawa 140 kilogram daun ketum dan 100 botol ubat batuk sejauh 55 kilometer sebelum berjaya menahan mereka berhampiran Balai Polis Paloh, di Gua Musang kelmarin.

Menurut Utusan Online, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, kedua-dua suspek berusia 30 dan 32 tahun ditahan selepas kereta jenis Proton Inspira dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan lalu terbabas dalam semak di depan Balai Polis Paloh.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat ‘snap check’ di Felcra Panggong Lalat, pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, mereka kemudian telah menahan sebuah Proton Inspira dinaiki dua suspek untuk pemeriksaan namun pemandunya bertindak memecut kereta tersebut menghala ke Jalan Gua Musang.

Selepas polis mengejar mereka hampir 55 kilometer, kereta suspek merempuh sebuah kenderaan awam sebelum terbabas dalam semak di depan balai polis. Mereka cuba melarikan diri sejauh 100 meter namun gagal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Choon Foo memberitahu, pemeriksaan di dalam kereta telah menjumpai 14 bungkusan plastik hitam mengandungi 140 kilogram daun ketum bernilai RM1,400 dan satu beg hitam berisi 100 botol ubat batuk berharga RM2,000.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bekalan daun ketum dibawa dari Kedah untuk dijual di selatan Thailand dan ujian air kencing mendapati pemandu kereta berusia 30 tahun positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply