ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat kenaikan jualan 6.4 peratus pada suku pertama 2022

Berita Tempatan

Views

Perodua mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama 2022 dan telah berjaya mendaftarkan sebanyak 61,624 unit kenderaan.

Ini sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 6.4 peratus daripada sejumlah 57,909 unit kenderaan yang dijual antara Januari dan Mac 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, kesan daripada Covid-19 dan isu bekalan komponen masih ada, namun pihaknya telah bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar untuk mengurangkan impak tersebut.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Tambah beliau, fokus Perodua kini adalah untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan sebelum berakhirnya tempoh pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022.

Perodua turut bersama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam rayuan bagi melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan kerana faktor seperti gangguan bekalan semikonduktor global dan kes Covid-19 masih memberi kesan kepada industri.

Beliau berkata industri automotif, termasuk ekosistem tempatan amat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif (pengecualian cukai jualan) tersebut kerana ia mampu meraih permintaan yang tinggi sekaligus memajukan industri di sepanjang pandemik terburuk ini berlaku.

Jelasnya, pada masa ini, ekosistem automotif tempatan mulai pulih secara beransur-ansur dan lanjutan pengecualian cukai jualan adalah rangsangan yang diperlukan oleh industri demi pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam tempoh pemulihan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pada Mac 2022, Perodua telah mencatatkan jualan 26,759 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding 24,433 unit yang dijual pada Mac tahun lalu.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan Mac melonjak 53.2 peratus daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada Februari 2022. Pencapaian jualan bulanan tertinggi Perodua dicatatkan pada Oktober 2021 dengan 27,858 unit didaftarkan.

Perodua menjangkakan suku kedua 2022 akan menjadi kemuncak bagi industri automotif dimana jenama-jenama lain juga akan menghantar seberapa banyak kenderaan yang mereka mampu dalam tempoh tiga bulan tersebut.

Kata beliau, pihaknya tidak melihat faktor lain seperti konflik antara Rusia dan Ukraine akan memberi kesan yang besar kepada pengeluaran Perodua pada masa akan datang. Oleh sebab itu, pihaknya akan mengekalkan sasaran jualan 247,000 unit untuk tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply