ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan pertama trak pikap elektrik RADAR RD6 mula keluar dari barisan pengeluaran

Berita Global

Views

Jenama kenderaan elektrik gaya hidup Geely di bawah jenama RADAR Auto, telah memulakan prajualan model sulungnya, iaitu RD6.

Kumpulan pertama model trak pikap elektrik itu juga telah mula keluar dari barisan pengeluarannya iaitu di kilangnya di Zibo, wilayah Shandong di timur China baru-baru ini.

Harga prajualan RD6 bermula dari 180,000 yuan (RM117,573). Walaubagaimanapun, RADAR tidak mengumumkan harga jualannya secara spesifik mengikut model atau varian, seperti syarikat kereta elektrik yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pelanggan di China kini boleh mula menempah model trak pikap itu dengan membayar yuran tempahan sebanyak RMB 199 (RM130) menerusi laman sesawang dan juga aplikasi Radar untuk menerima beberapa faedah eksklusif.

RADAR sebenarnya adalah jawapan Geely kepada jenama Rivian dari Amerika Syarikat. Geely telah mengumumkan strategi “Smart Geely 2025” pada 31 Oktober tahun lalu, dan menyasarkan jumlah jualan sebanyak 3.65 juta unit menjelang 2025.

RADAR merupakan jenama bebas yang mempunyai kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)nya sendiri di Hangzhou serta kemudahan pengeluaran EV yang lengkap di Zibo.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jenama baharu itu kini sedang membangunkan portfolio lengkap kenderaan gaya hidup elektrik, termasuk pikap dan SUV serta ATV (All-Terrain Vehicle) dan produk gaya hidup yang lain.

RADAR RD6 dibina berasaskan pelantar elektrik SEA (Sustainable Experience Architecture) Geely dan mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 7 saat dengan jarak tempuh sehingga 600 kilometer.

RD6 dilengkapi dengan pemacu elektrik 200 kW dan mempunyai keupayaan pengecasan pantas maksimum 120 kW dengan julat 120 km dalam tempoh 15 minit pengecasan.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan julat CLTC, iaitu 350 km+, 550 km+ dan 610 km+. Dari segi dimensi, Radar RD6 berukuran 5,260 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,830 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula berukuran 3,120 mm.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply