Geely semakin galak menyiarkan foto-foto acah terbaharu trak pikap elektrik RADAR yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Sebenarnya ada dua set foto acah yang terbaharu, salah satunya adalah dari pandangan depan, sisi dan juga belakang.
Walaubagaimanapun latar belakangnya masih lagi gelap, dan bentuk trak pikap elektrik itu masih kelihatan dalam kesamaran, selain menonjolkan jejalur lampu LED di depan dan belakang.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Yang kedua, ia hanya memfokuskan perincian pada beberapa bahagian tertentu, terutama reka bentuk muncung depan, ‘flat bed‘nya dan juga ruang soket untuk pengecasan.
Rekaan muncung depan model ini sebenarnya ‘saling tak tumpah’ dengan model crossover MPV Geely Hao Yue/Okavango/Proton X90.
Perbezaan ketara boleh dilihat pada bahagian jeriji jenis tertutup dengan kemasan potongan berlian 3 dimensi (3D) dengan jejalur LED di tengah-tengah, selain rekaan bampar yang lebih ringkas.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Jejalur LED putus-putus itu berkemungkinan besar adalah identiti reka bentuk keluarga baharu Geely dan ia turut ditampilkan pada model FX11.
Tanda dagang nama RADAR dimiliki oleh Kumpulan Geely, yang telah difailkan dan didaftarkan pada 20 April 2022 dan 22 Disember 2021.
Akronim RADAR adalah singkatan daripada Rational, Alone, Discovery, Accompany, dan Romantic. Model trak pikap elektrik itu bakal dilancarkan bulan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Autohome
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI