ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengguna bimbang runtuhan tebing di jalan ke Ulu Tembeling

Berita Tempatan

Views

Ekopelancongan mula rancak dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kampung tradisional Ulu Tembeling sedikit terganggu apabila berlaku mendapan tanah di jalan antara Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Kampung Kuala Sat, dekat Jerantut.

Menurut Harian Metro, pelawat domestik yang ‘ghairah’ berkunjung untuk menikmati keindahan di beberapa kampung tradisional di Mukim Ulu Tembeling berasa tidak selesa, selain bimbang memandu kenderaan berdekatan laluan mendap dan runtuhan tebing yang berlaku sejak tiga bulan lalu.

Penduduk Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 61, berkata mendapan itu berlaku di jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi berdekatan Kem Nusa dan Tabung selain berdekatan pusat rekreasi Bukit Awam antara laluan Kampung Pagi ke Kuala Sat.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Katanya, di kawasan itu terdapat mendapan ketara sehingga wujud struktur jalan tidak rata dan curam dalam serta merbahaya kepada kenderaan jika tidak berhati-hati.

Mereka bimbang sekiranya berlaku lagi mendapan tanah dan runtuhan tebing kerana sudah kerap berlaku hujan lebat berikutan fenomena musim tengkujuh sudah bermula.

Rakannya, Zulkifli Jamaluddin, 53, berharap kerajaan dapat membaik pulih mendapan tanah dan runtuhan tebing itu untuk keselesaan pengunjung luar serta keselamatan kenderaan.

Ujarnya, dia sebagai pengusaha dan penggiat ekopelancongan di sini mahukan kemudahan jalan raya sempurna kerana tempoh sebelum musim tengkujuh ini adalah peluang untuk memperoleh rezeki apabila pengunjung ramai ke kawasan itu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Bagi penduduk Ulu Tembeling, jalan raya berkenaan adalah perhubungan darat utama sejauh 130 kilometer ke bandar Jerantut iaitu lebih menjimatkan masa perjalanan dan bahan api (petrol) berbanding penggunaan bot penambang sebelum ini.

Zulkifli berkata, masih terdapat lori balak keluar masuk melalui jalan raya di situ yang dianggap antara punca struktur serta spesifikasi permukaan laluan mudah rosak dan mendap.

Pengunjung dari Lembah Klang, Azhari Rahman berkata, dia berasa bimbang ketika memandu melihat kawasan mendapan dan runtuhan tebing yang boleh membahayakan kenderaan yang berulang alik.

Kata Azhari, sepatutnya ada pemantauan dan pihak berkenaan cepat membaikpulih sekiranya berlaku mendapan supaya tidak berlaku lebih teruk sehingga mengganggu laluan kenderaan.

Tambahnya, dia sudah tiga kali berkunjung ke pusat peranginan Kampung Kuala Sat, namun keadaan mendapan tanah dan runtuhan tebing masih lagi berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SAHIH

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply