ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peniaga emas di Kelantan buru nombor plat GOLD 916, GOLD 999

Berita Tempatan

Views

Peniaga kedai emas di negeri Kelantan sedia membida nombor plat kenderaan ‘GOLD’ terutama 916 dan 999 yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga emas di negeri ini begitu teruja sejurus mendapat tahu tentang pelancaran nombor plat berkenaan.

Pengarah Urusan MZ Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha berkata, kedua-dua nombor plat itu GOLD 916 dan GOLD 999 pasti menjadi buruan kerana ia cukup dekat dengan pemain industri ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kalau dapat memilikinya ia pasti satu kepuasan buat peniaga emas seperti saya. “916 dan 999 membawa maksud kepada emas tulen dan berkualiti yang berada di pasaran ketika ini,” katanya.

Menurut beliau, MZ Gold bercadang untuk membeli lima plat ini untuk dihadiahkan kepada pekerja cemerlang. Beliau yakin hadiah itu mampu menjadi pemangkin kepada para pekerja untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada syarikat.

Sementara itu, pengusaha emas, Ummi Habibah Mohd Shaari berkata, dia turut memasang impian untuk memiliki nombor plat GOLD.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, ketika ini dia mencari nombor terbaik untuk dibida dan menjadi pemilik kepada GOLD. “Nak beli plat yang mahal-mahal mungkin dah jadi rebutan. Jadi kita cari yang terbaik sahaja,” katanya.

Media pada Selasa melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memperkenal siri istimewa nombor pendaftaran “GOLD” sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.

Anthony berkata, tempahan nombor pendaftaran istimewa itu boleh dibuat dalam sistem JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Februari.

Katanya, langkah berkenaan membolehkan kementerian itu melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian topi keledar kepada penunggang motosikal dan sumbangan kepada Perkeso bagi pemandu teksi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply