ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lambakan kereta terpakai cetus kebimbangan

Berita Tempatan

Views

Malaysia diramalkan menjadi ‘tanah perkuburan kereta terpakai’, jika masalah lambakan ekoran kejatuhan mendadak harganya tidak diselesaikan secara tuntas.

Penganalisis automotif, Hezeri Samsuri, mendedahkan beberapa faktor utama yang menyumbang kepada fenomena lambakan pasaran kereta terpakai yang mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Katanya, antaranya adalah tawaran promosi kereta baharu agresif, tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, kos penyelenggaraan kereta berusia yang tinggi dan trend pengguna yang gemar menukar kereta baharu selepas tempoh waranti tamat.

“Kereta terpakai di pasaran dunia pertama memang murah, tetapi dikenakan insurans tinggi dan pemeriksaan berkala. Akhirnya, ramai yang terpaksa melupuskan kereta mereka. Malaysia perlu belajar daripada situasi ini,” katanya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Hezeri mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) merangka pelan tindakan segera bagi menangani isu terbabit.

“Kita perlu fikirkan ‘exit pathway‘ untuk kereta-kereta lama ini. Pasaran eksport terhad kerana model pemanduan sebelah kanan (RHD) kurang mendapat sambutan di negara dunia ketiga.

“Negara memerlukan data lengkap untuk membuat perancangan masa depan. Agensi terbabit perlu cemerlang dalam pelaksanaan proses pengumpulan data, satu perkara yang kita sering pandang remeh,” jelasnya.

Antara penyelesaian yang dicadangkan adalah pelaksanaan program End of Life (EOL) dan pengenalan semula skim Cash For Clunkers.

Melalui skim Cash For Clunkers, katanya, pemilik yang melupuskan kereta lama akan menerima baucar bernilai RM5,000 atau lebih, yang boleh digunakan untuk membeli kereta baharu semua jenama, bukan terhad kepada jenama nasional sahaja.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Skim ini pernah dilaksanakan sebelum ini, tetapi perlu diperluaskan supaya lebih efektif. Data mengenai kereta terpakai perlu dikumpul secara sistematik bagi membantu perancangan industri automotif negara.

“Bagi EOL pula, ia boleh dilaksanakan untuk membantu negara mengurangkan pelepasan karbon dan juga memupuk sikap kita semula. Sudah lebih 10 tahun Malaysia fikirkan perkara ini tetapi tiada keberanian untuk melaksanakan EOL,” katanya.

EOL merujuk kepada fasa kenderaan dianggap tidak lagi sesuai digunakan di jalan raya kerana faktor usia, keadaan atau tidak memenuhi piawaian peraturan moden.

Hezeri berkata, kegagalan menangani isu lambakan kereta terpakai bukan sahaja menjejaskan industri automotif, malah memberi impak negatif kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

“Justeru, tindakan proaktif daripada pihak berwajib amat ditagih bagi memastikan industri automotif terus berkembang secara mampan,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply