ARKIB

KATEGORI

Buletin

MODA siar video acah model skuter terbaharu Sporter S, versi ‘rebadge’ Taro Defender TR300T ke?

Berita Tempatan

Views
MODA | Creating Memories

Jenama skuter tempatan terbaharu MODA, menerusi akaun YouTube dan Facebook rasminya mula menyiarkan ‘video acah’ kedua sebuah model skuter Maxi, yang bakal dilancarkan pada 4 Januari 2025.

Tanda dagang jenama MODA telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) oleh MDUA Motor Sdn. Bhd sejak April tahun ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Model skuter Maxi tersebut bakal dikenali dengan nama MODA Sporter S. Ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan warna dan merupakan versi ‘tukar lencana’ atau ‘rebadge‘ model skuter keluaran China.

Jika dilihat pada foto intip dan beberapa maklumat yang diperolehi dari group MOTOSIKALISME (FB GROUP), model asal MODA Sporter S adalah Taro Defender TR300T, keluaran syarikat Taro Motorcycle.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Berikut adalah sedikit informasi ringkas mengenai Taro Defender TR300T:

  • Enjin: 300cc empat-injap sejukan air
  • Dimensi: 2,150mm panjang, 775mm lebar, 1,335mm tinggi dan 1,538mm jarak tapak roda
  • Jarak lega tanah: 120mm
  • Ketinggian pelana: 780mm
  • Kuasa maksimum: 19.5 Kw pada 8,250 rpm
  • Kelajuan maksimum: 130km/j
  • Berat tanpa penumpang: 186kg
  • Brek: Dwi cakera hadapan dan cakera tunggal di belakang, brek anti kunci (ABS)
  • Tayar: 120/70-15 hadapan, 140/60-14 belakang

Antara ciri-ciri menarik Taro Defender TR300T adalah paparan instrumen digital TFT dengan skrin LCD bersaiz 6.2 inci, penyerap hentak songsang di hadapan, penyerap hentak double-gun boleh laras di belakang dan kamera tunggangan pintar berdefinisi tinggi dengan resolusi 1080 px.

KLIK UNTUK BESARKAN

MODA Sporter S

Taro Defender TR300T

Foto intip kredit Dzex Dzulhelmy

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply