ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover pertontonkan Discovery baharu buat kali pertama di Malaysia

Views

Buat julung kalinya pengunjung Malaysia Autoshow 2017 yang akan membuka tirainya kepada umum mulai 9-12 November 2017 bakal berpeluang untuk menyaksikan model terbaharu Land Rover Discovery. Generasi kelima SUV tujuh-tempat duduk ini bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari tahun hadapan.

Selain dapat melihat Discovery baharu secara lebih dekat, pengunjung juga dapat mencuba pengalaman 360 darjah secara maya mengenai kenderaan tersebut menerusi kit Virtual Reality (VR) Experience. Kit Realiti Maya ini akan membawa pengunjung untuk melihat animasi yang membuatkan kereta itu seolah-olah hidup!

Ruang dalaman Discovery baharu memberikan ruang dan versatiliti dengan pengoptimuman pada setiap aspek rekaannya. Kedua-dua kerusi baris ketiganya turut dilengkapi dengan cagak ISOFIX (lima secara keseluruhan), jadi keluarga mempunyai kebebasan untuk meletakkan kerusi kanak-kanak pada kerusi yang paling sesuai untuk setiap perjalanan. Kemasan yang tepat dan penggunaan bahan berkualiti tinggi pada keseluruhan kenderaan memberikan penumpang pengalaman yang menyenangkan.

Discovery baharu dikuasakan oleh enjin diesel 3.0-liter V6 yang mampu mengerahkan 258PS, dengan lencana Td6 ia merupakan enjin turbo-tunggal yang menampilkan pengedaran semula ekzos tekanan-rendah, pam minyak dua-tahap dan muncung penyuntik bahan api yang disemak semula untuk respon yang lebih baik, penghalusan dan kecekapan.

Jaguar Land Rover Malaysia akan membuka tempahan untuk Discovery 3.0-liter Diesel baharu di acara Malaysia Autoshow. Pelanggan juga boleh mendaftar minat mereka dan menerima maklumat terkini di www.landrover.com.my/keep-me-informed. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke booth pameran Land Rover yang terletak di Hall C (Booth No 69) di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply