ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuhraya WCE : Laluan Hutan Melintang-Teluk Intan boleh dibuka

Berita Tempatan

Views

Semalam, Berita Harian melaporkan pengendali Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB), mengesahkan bahawa Jajaran Seksyen 8 membabitkan laluan Hutan Melintang-Teluk Intan mematuhi keperluan yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan boleh dibuka.

Pengarah Urusan WCESB, Datuk Neoh Soon Hiong berkata, pemeriksaan di tapak bagi Jajaran Seksyen 8 sudah pun dilaksanakan oleh pihaknya bersama LLM. Katanya, pemeriksaan itu meliputi semakan terhadap penyiapan fizikal lebuh raya serta aspek keselamatan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Hasil pemeriksaan itu, mereka mendapati Jajaran Seksyen 8, mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh LLM dan boleh dibuka kepada pengguna tertakluk kepada proses pewartaan. Soon Hiong berkata, bagaimanapun tarikh pembukaan rasmi lebuh raya berkenaan hanya akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Sebelum ini, Ketua Pengarah LLM, Datuk Aziz Abdullah, dilaporkan berkata empat pakej WCE Banting-Taiping yang dikatakan akan dibuka sebelum akhir bulan ini, berkemungkinan belum boleh digunakan. Aziz berkata, ia berikutan masih ada kerja-kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikannya benar-benar selamat digunakan oleh pengguna kenderaan.

Bagaimanapun, beliau berkata semua pihak sedang berusaha untuk memastikan empat jajaran atau pakej itu membabitkan tiga pakej di Perak dan satu pakej di Selangor boleh dibuka kepada orang ramai secepat mungkin. Kami berharap lebuh raya ini dapat digunakan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri bermula bagi memberi pilihan alternatif kepada pengguna lebuh raya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Cikgu Azman.blogspot.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply