ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Granvia bakal ganti Tarago di pasaran Australia

Berita Global

Views

Toyota telah memperkenalkan kenderaan pengangkutan ‘mewah’ lapan-tempat duduk serba baharu yang dibangunkan dari generasi baharu HiAce. Menurut laman sesawang Motoring.com.au, model yang diberi nama Granvia itu bakal dilancarkan di Australia pada suku ke-empat tahun ini sebelum Tarago ditamatkan pengeluarannya pada penghujung 2019.

Granvia disasarkan kepada pembeli berkeluarga selain syarikat korporat dan bakal bersaing dengan Mercedes-Benz Viano dan Volkswagen Multivan di pasaran Australia.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Model yang berkongsi pelantar sama dengan HiAce serba baharu dan juga HiAce commuter akan dilengkapi dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense. Granvia hanya akan dijual dengan satu pilihan enjin sahaja, iaitu unit turbo-diesel dan akan ditawarkan dalam dua gred.

Antara ciri-ciri menarik pada model ini nanti adalah pintu belakang gelongsor berkuasa, kerusi pemandu dan kerusi kapten baris kedua yang boleh dilaraskan secara elektrik dan uphosteri dengan kemasan kulit. Ia juga akan dilengkapi dengan sistem infohiburan multimedia terkini dari Toyota yang mempunyai empat slot USB dan 12 unit pembesar suara.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Dari segi keselamatan, Granvia dilengkapi dengan sembilan (9) beg udara, kawalan jelajah aktif dan sistem keselamatan pra-perlanggaran (PCS) dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, yang merupakan antara ciri bantuan-pemandu yang ditawarkan.

Toyota Australia berkata, Granvia akan menggantikan Tarago dan bakal membawa kemewahan pada kenderaan pengangkutan ke satu tahap yang baharu. Harga dan spesifikasinya hanya akan diumumkan apabila tarikh pelancarannya hampir tiba nanti.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply