ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Legenda MU’, Eric Cantona diIantik sebagai Duta Jenama CARSOME

Berita Tempatan

Views

CARSOME hari ini mengumumkan pelantikan legenda bola sepak, Eric Cantona, sebagai duta jenamanya. Sebagai duta jenama, Cantona bakal memainkan peranan aktif dalam aktiviti promosi CARSOME yang akan diadakan pada tahun ini.

Ianya termasuk kempen pengiklanan menyeluruh syarikat di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng berkata, semangat Cantona yang tidak mengenal erti penat untuk mencapai yang terbaik buat peminat bola sepak.

Semangat ini berpadanan dengan azam CARSOME untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan kereta seterusnya menjadikan CARSOME sebagai platform yang boleh dipercayai untuk membeli atau menjual kereta.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Digelar oleh peminat sebagai ‘King Eric‘, beliau merupakan kunci utama dalam menyelesaikan masalah ketandusan gol bagi Manchester United pada musim sulungnya.

Peranan pentingnya dalam mengakhiri musim kemarau kejuaraan kelab tersebut selepas 26 tahun musim tanpa trofi mempunyai persamaan ketara seperti CARSOME sebagai jenama yang dibina tujuh tahun lalu untuk mengolah semula industri kereta terpakai, di kala pelanggan tidak mempunyai kepercayaan terhadap pasaran kereta terpakai.

Pada tahun 2022, CARSOME telah menetapkan piawaian industri untuk pelanggan membeli kereta pramilik terjamin kualiti melalui CARSOME Certified. Melalui CARSOME Certified, pelanggan boleh merasai pengalaman membeli kereta tanpa kerumitan dan pulang dengan yakin bersama kereta berkualiti yang telah dibaik pulih.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Kereta CARSOME Certified juga telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat dan melalui proses baik pulih yang teliti. CARSOME juga merupakan syarikat pertama dalam pasaran yang menawarkan jaminan lanjutan selama setahun dan jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari, dengan pilihan sehingga 30 jenama kereta.

Keazaman Cantona yang unik juga melambangkan perjalanan CARSOME yang tidak pernah putus asa dalam mengubah pengalaman transaksi dan pemilikan kereta di Asia Tenggara dengan menyampaikan janji jenama CARSOME.

Menurut Eric Cantona, beliau yakin usahasama ini akan dapat mencapai lebih ramai pembeli kereta di luar sana sekaligus memperkenalkan standard industri tinggi yang telah ditetapkan oleh CARSOME Certified, dan seterusnya mengalu-alukan mereka ke dunia di mana perjalanan pemilikan kereta adalah proses yang boleh dipercayai dan menyenangkan.

Kempen CARSOME x Cantona secara rasminya bermula di Malaysia dan Indonesia pada hari ini, dan akan diperkenalkan di Thailand dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.carsome.my/ atau halaman media sosial CARSOME.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply