ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ini sumbangkan hasil jualan Honda Civic Ek9 kesayangannya ke pusat tahfiz

Tular

Views

Baru-baru ini, tular kisah seorang pengusaha pasar raya menyumbangkan RM78,000 hasil jualan keretanya kepada sebuah pusat tahfiz di Lanchang. Menurut Sinar Harian, kereta jenis Honda Civic Ek9 VTEC Turbo milik Abdul Rahman Mat Isa, 31, dari Karak itu berjaya dijual kepada pemilik kereta terpakai dari Shah Alam, Isnin lalu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Hasrat murni lelaki tersebut menjadi bualan hangat dan mendapat pujian warganet di laman sosial Facebook sejak kelmarin. Rakan baik Abdul Rahman, Mohd Nizam Hashim, 31, memberitahu, rakannya menyatakan hasrat untuk menjual kereta tersebut dengan menyalurkan hasil jualan sepenuhnya kepada pusat tahfiz Kampung Dala, Lanchang.

Menurutnya, kereta itu adalah keluaran tahun 1993 namun telah banyak dilakukan pengubahsuaian. Katanya, harga kereta itu boleh mencecah hingga RM100,000 namun lelaki itu berniat untuk menjual pada harga RM75,000 sahaja. Tanpa disangka, pembeli kereta itu menambah lagi RM3,000 hingga menjadikan jumlahnya RM78,000.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Tambahnya, niat rakannya untuk membantu pusat tahfiz itu yang musnah teruk akibat banjir baru-baru ini dan sebelum ini Abdul Rahman pernah turun padang membantu kerosakan di pusat tahfiz tersebut. Selepas iklan menjual kereta terbabit dimuat naik ke laman Facebook miliknya, ramai yang bertanya untuk membeli kereta terbabit.

Kata Mohd Nizam lagi, pembeli dari Shah Alam yang berminat itu terus memindahkan wang dan kereta itu pun terjual. Menurutnya, hasil jualan itu akan diserahkan kepada pusat tahfiz tersebut dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply