ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki berpaut pada belakang treler bergerak diburu polis

Tular

Views

Polis giat mengesan lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang treler sedang bergerak di atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian itu disedari pihaknya pada 12 tengah hari semalam selepas video tular di media sosial.

Katanya, siasatan dilakukan, yang mendapati kejadian itu berlaku di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada 10 pagi Khamis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketika kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai mungkin tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

Pemandu terbabit didakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video tular berkenaan.

Pemandu lori berumur 36 tahun sudah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 016-7573507.

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan aksi, seorang lelaki berpakaian gelap dan menggalas beg, berdiri dan berpaut pada belakang treler yang bergerak laju.

Video dipercayai dirakam pemandu lain yang melalui jalan sama. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply