ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki mengamuk dan hentak cermin kereta dengan topi keledar dipercayai alami masalah mental

Tular

Views

Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, Muar, semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Jelasnya, punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa. Tambah beliau, suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya.

Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa, Muar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply