ARKIB

KATEGORI

Buletin

OP Khas (Pemeriksaan Kenderaan) secara mengejut di Bukit Aman – 146 saman dikeluarkan

Berita Tempatan

Views

Semalam kami menyiarkan artikel mengenai pemeriksaan mengejut dilakukan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini satu OP Khas (Pemeriksaan Kenderaan) pula telah diadakan pagi ini juga secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, operasi kali ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 35 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang turut disertai 5 pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta seorang pegawai dan 4 anggota dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Objektif utama operasi pemeriksaan mengejut diadakan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah untuk memeriksa kenderaan yang digunakan oleh warga kerja PDRM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya terutama pada mereka yang mengubahsuai kenderaan dan menggunakan nombor pendaftaran fancy.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Sebanyak 280 buah kenderaan telah diperiksa dan 146 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (fancy), tiada cermin sisi, tiada cukai jalan dan ubahsuai ekzos.

Tambah kenyataan media tersebut, PDRM kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya agar sentiasa patuh dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply