ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xiaomi buka tempahan kereta elektrik pertamanya SU7 minggu ini

Berita Global

Views

Xiaomi mendedahkan kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat itu dijangka menjadi menjadi model paling menarik, mudah dipandu dan paling pintar yang berharga di bawah 500,000 yuan (RM328,723).

Pengeluar produk elektronik China itu kini bersedia untuk membuka tempahan model berkenaan pada minggu ini.

Menurut Berita Harian, Xiaomi akan mengumumkan harga rasmi dan mula menerima tempahan bagi model Speed Ultra 7 atau SU7, Khamis ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun dalam akaun Weibo rasminya.

Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember dan mengumumkan ia menyasarkan untuk menjadi antara lima pembuat kereta terbaik dunia.

Jun mendedahkan syarikat itu memiliki teknologi yang mampu memberikan pecutan lebih baik daripada kereta Tesla dan EV Porsche.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejumlah 76 kedai Xiaomi di 29 bandar raya di China mula mempamerkan EV berkenaan pada Isnin, dengan bakal pelanggan dan penulis blog automotif beratur untuk melihat dengan lebih dekat versi ‘biru laut’.

Xiaomi juga telah memuat naik aplikasi ‘Xiaomi Car‘ ke kedai aplikasi China. Di sebuah bilik pameran di Beijing, Jim Yan mengagumi reka bentuk SU7.

“Sama ada telefon Xiaomi atau kereta Xiaomi, reka bentuknya sangat asli, kata Yan, 28, yang bekerja dalam industri undang-undang.

Bagi Yan dan ramai lagi pengguna telefon pintar dan elektronik kediaman Xiaomi yang lebih murah, jenama itu telah meraih reputasi dalam memberikan nilai yang baik kepada pelanggan.

“Pendapat saya, harga Xiaomi adalah pada julat paling pertengahan. Jika harganya terlalu tinggi, terutamanya kerana ia adalah kereta pertama mereka, saya fikir ia masih perlu diuji oleh pasaran,” kata Yan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

SU7 hadir dengan dua versi – iaitu versi dengan jarak pemanduan sehingga 668 kilometer (km) dengan sekali cas dan satu lagi versi dengan jarak pemanduan sehingga 800km.

Sebagai perbandingan, Tesla Model S menawarkan jarak pemanduan sehingga 650km.

Pengeluar telefon pintar kelima terbesar di China itu berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan kepada EV, di tengah-tengah permintaan yang tidak stabil untuk telefon pintar – pelan yang pertama kali diketengahkan pada 2021.

Syarikat teknologi China lain yang telah bekerjasama dengan pembuat kereta untuk membangunkan EV termasuk gergasi telekomunikasi Huawei HWT.UL dan firma enjin carian Baidu.

Xiaomi mengumumkan peruntukan pelaburan AS$10 bilion (RM47.35 bilion) dalam automotif dalam tempoh sedekad dan menjadi antara beberapa peserta baharu dalam pasaran EV China yang menerima kelulusan daripada pengawal selia.

Kereta keluarannya dihasilkan oleh unit pengeluar kereta milik kerajaan, BAIC Group di kilang Beijing dengan kapasiti tahunan 200,000 kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply