ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ‘terjah’ pasaran Bangladesh dengan kerjasama PHP Motors – Pasang dan jual model Aruz, Bezza, Myvi dan Axia

Berita Global

Views

PHP Motors anak syarikat kumpulan PHP, telah menjalinkan kerjasama dengan Perodua untuk memasang dan menjual kenderaan keluaran syarikat kereta nasional kedua itu di pasaran Bangladesh.

Syarikat yang berpangkalan di Chattogram itu telah melancarkan empat model Perodua di ibu negara Bangladesh semalam.

Menurut pengarah urusan PHP Motors, Mohammed Akther Parvez, antara model yang dilancarkan adalah SUV 7-tempat duduk Aruz, model sedan Bezza dan dua model hatchback, iaitu Myvi dan Axia.

PHP Motors telah menamatkan perjanjian dengan sebuah lagi pengeluar kereta nasional, iaitu Proton dan menandatangani perjanjian baharu dengan Perodua bulan lalu untuk membawa model-modelnya ke Bangladesh buat kali pertama.

Tambah Akther, Perodua mempunyai enam model dan buat permulaan pihaknya akan memasang empat model kereta di kilangnya dan menjualnya di pasaran Bangladesh. Dua lagi model iaitu Ativa dan Alza akan dilancarkan tidak lama lagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelasnya, Perodua menggunakan teknologi Jepun dan pihaknya berharap dapat memenuhi permintaan pelanggan di Bangladesh.

Beliau juga menyatakan bahawa Perodua telah menjadi jenama terlaris di Malaysia selama 16 tahun dengan 60 peratus pegangan pasaran.

PHP Motors akan terus menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pembeli kereta Proton seperti yang tercatat dalam perjanjian jaminan.

Kata Akther lagi, semasa menandatangani perjanjian dengan Perodua, pihaknya telah memasukkan syarat ini untuk membenarkan mereka menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada kereta Proton yang telah dijual sebelum ini dan Perodua menghargai komitmen mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau juga menyatakan, pihaknya mempunyai lebih daripada 400 pekerja dan mampu memasang 36 kereta dalam tiga syif sehari, 12 unit dalam setiap syif.

Apabila ditanya mengenai impian untuk menjual kereta “Buatan Bangladesh”, Akther berkata, pihaknya masih belum bersedia untuk menghasilkan kesemua komponen di Bangladesh kerana permintaan untuk kereta adalah rendah.

Namun, sekiranya mendapat mendapat sokongan dari semua pihak berkepentingan, pihaknya akan dapat merealisasikan impian ini suatu hari nanti.

PHP Motors membina kilangnya di Saraipara Halishahar di Chattogram pada tahun 2015 dengan pelaburan sebanyak Tk400 crore. Kilang tersebut mula beroperasi pada tahun 2017 dan mula memasang kereta.

PHP mendapat kira-kira 20 peratus bahagian pasaran sedan di Chattogram dan kilangnya telah beroperasi pada kapasiti penuh sejak tahun 2019 yang mampu menghasilkan sebanyak 1,200 unit kenderaan setahun. – The Business Standard

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohammed Akther Parvez

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply