ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki rompak dana bantuan Covid-19 beli Lamborghini, Rolex dipenjara 9 tahun 2 bulan

Berita Global

Views

Seorang lelaki yang merompak wang berjumlah AS$1.6 juta (RM6.73 juta) melalui Program Perlindungan Gaji (PPP) pandemik koronavirus kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dua bulan selepas didapati menggunakan dana tersebut bagi membeli barangan mewah, lapor agensi berita United Press International semalam.

K! ONLINE melaporkan, Jabatan Kehakiman memerintahkan Lee Price III, 30, dari Houston, Texas, dijatuhi hukuman tersebut kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas penipuan dan pengubahan wang haram.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Sebahagian wang daripada dana tersebut digunakan Price bagi membeli sebuah kereta mewah Lamborghini, sebuah kereta Ford F-350 dan seutas jam tangan Rolex.

Dia juga turut berbelanja sebanyak AS$2,000 (RM8,420) di kelab penari bogel dan AS$700 (RM2,945) bagi membeli minuman keras.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pegawai rasmi menyatakan bahawa Price mendapat dana dengan mengemukakan bilangan pekerja dan perbelanjaan gaji secara palsu dalam setiap permohonan pinjaman PPP serta rekod cukai palsu dan bahan lain.

Mei lalu, Peguam Negara AS, Merrick Garland menubuhkan Pasukan Petugas Penguatkuasaan Penipuan Covid-19 untuk memerangi penipuan. Lebih 150 orang telah didakwa kerana mendapatkan pembiayaan PPP secara palsu dalam lebih 95 kes jenayah.

Lebih daripada AS$75 juta (RM316 juta) wang tunai telah dirampas dalam bentuk dana yang diperoleh secara penipuan, bersama hartanah dan barangan mewah yang dibeli menggunakan wang tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply