ARKIB

KATEGORI

Tular

Yamaha RX-Z guna pengimbas cap jari tular di laman sosial

Tular

Views

Selepas harganya mencecah puluhan ribu ringgit, kini pemilik motosikal Yamaha RX-Z mula mencari alternatif untuk melindungi motosikal ‘kayangan’ itu daripada menjadi mangsa penjenayah.

K! ONLINE melaporkan, baru-baru ini tular di laman Facebook seorang pemilik motosikal berkenaan telah mengubah suai motosikalnya dengan menggunakan teknologi imbasan cap jari (fingerprint) bagi menggantikan kunci.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menerusi video berdurasi satu minit 54 saat itu, kelihatan motosikal dipercayai milik seorang mekanik itu telah diubah suai pada bahagian kunci utamanya dengan penggunaan teknologi tersebut.

Susulan perkongsian terbabit, rata-rata pengguna laman sosial memuji usaha yang telah dilakukan pemiliknya bagi melindungi motosikal tersebut daripada hilang dicuri.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata Omar Din, ini merupakan idea yang bagus kerana si pencuri terpaksa ‘mencuri’ jari si pemiliknya sekali untuk mendapatkan motosikal itu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhd Fazdli yang berkata, hanya si pemiliknya sahaja yang boleh menunggang motosikal itu dan ia tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain.

Bagaimanapun ada juga warganet bernama Man Rock, yang mempersoalkan bagaimana untuk menghidupkan suis motosikal itu sekiranya jari si pemiliknya tercedera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply