ARKIB

KATEGORI

Tular

Azan Maghrib ‘selamatkan’ murid terperangkap dalam bas sekolah

Tular

Views

Tindakan seorang lelaki yang mahu mendengar azan Maghrib di luar rumah telah menyelamatkan murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat didengar menarik perhatiannya ke arah sebuah bas yang diletakkan berhampiran kediamannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tengah duduk depan gate (pagar) santai-santai, terdengar jeritan budak mula-mula halus, makin lama makin kuat.

“Rupanya adik ini terperangkap dalam bas sekolah yang ‘parking’ depan rumah aku, selalu letak tempat lain. Kasihan, menangis sebab dia tertidur dalam bas (kerana) kepenatan.

“Cuma peringatan dan pengajaran untuk pemandu bas atau van sekolah, sebelum ‘off service periksa dahulu tempat duduk belakang, pastikan tiada murid,” menurutnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ahmad Syafiee berkata, murid perempuan itu diselamatkan melalui tingkap belakang bas berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk berbuka puasa.

“Tengok dekat name tag (tanda nama) ada nombor telefon penjaga. Dapat hubungi ibunya, terus dengar tangisan kerisauan seorang ibu (kerana) anaknya belum pulang.

“Rezeki adik ini dapat berbuka lauk ayam butter dengan pak cik,” ujarnya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Syafiee

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply