ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus LM – Kembar Toyota Alphard

Berita Global

Views

Ketika kebanyakan pengeluar kereta mula beralih ke model crossover dan SUV, Lexus cuba menongkah arus dan bakal melancarkan minivan pertama mereka di Shanghai Auto Show bulan ini. Ia diberi nama LM (bukan jenama rokok) dan merupakan kembar kepada generasi ketiga Toyota Alphard.

Jika merujuk kepada foto acah yang dikeluarkan, LM mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Alphard dari pandangan sisi. Perbezaannya hanyalah kemasan krom berbucu tajam yang memisahkan pintu depan dan cermin belakang. Sekali imbas kemasan krom ini kelihatan seperti taring yang hampir bersambung.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Kelihatan juga bentuk lampu hadapan yang lebih tajam dan bersudut dengan jalur lampu nyalaan siang LED (DRL) di bahagian dalam. Reka bentuk bampar dan jeriji LM juga akan digayakan semula mengikut bahasa rekaan Lexus bagi membezakannya dengan Alphard.

Generasi terbaharu Alphard mempunyai beberapa pilihan penjana tenaga, termasuklah varian hibrid yang mungkin ditawarkan pada model LM. Dikhabarkan, Lexus telah mendaftarkan tanda niaga untuk nama LM 300h. Selain itu unit enjin petrol 3.5-liter V6 mungkin salah satu calon yang sesuai dan nama LM 350 juga telah didaftarkan.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

LM sama seperti Alphard, mempunyai ruang kabin yang luas untuk 8 orang penumpang dan dikelilingi dengan kemasan mewah. Memandangkannya sebuah Lexus, sudah pasti kualiti pemanduannya jauh lebih baik dan dipertingkatkan berbanding model asal Toyota.

Besar kemungkinan model ini akan dihadkan untuk pasaran Asia seperti Taiwan dan China, namun butiran terperinci hanya akan diketahui pada 16 April ini semasa kemunculannya di Shanghai Auto Show 2019. Nantikan!

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply