ARKIB

KATEGORI

Advertorial

Lima kelebihan Proton Persona: Perspektif pemilik

Advertorial

Views

Pasaran kenderaan keluarga mampu milik agak mencabar untuk syarikat kereta kerana produk yang ditawarkan perlu menawarkan kombinasi prakakaliti, keselesaan, keselamatan, spesifikasi yang bagus dan gaya yang menarik.

Model Persona antara model popular dalam segmen kenderaan keluarga mampu milik dengan reputasi sebagai produk yang menawarkan pelbagai ciri terkini pada harga yang menarik dibawah RM59,000.

Setelah melihat pelbagai sedan dalam segmen B, akhirnya Mohd Rasyidi Bin Mohd Sumbuti tertarik dengan kombinasi harga dan spesifikasi Proton Persona.

Roda aloi 16-inci dengan perincian dwitona juga segak melengkapkan gaya Persona terbaharu,” sambungya lagi.

Segak Persona disambung ke dalam kabin yang dikemaskini dengan balutan kombinasi kulit warna perang yang menyuntik kemewahan pada julat harga mampu milik.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kabin Persona bukan sahaja kelihatan eksklusif tetapi juga direka bentuk untuk keselesaan dan cukup sesuai untuk kegunaan perjalanan jauh keluarga atau pun dengan kawan-kawan”.

Ruang but 510 liter juga cukup besar untuk menelan semua bagasi dan barangan bila perlu,” tambah Mohd Rasyidi. Dia juga gembira Proton telah melengkapkan Persona dengan ciri akses tanpa kunci.

Menurut Mohd Rasyidi, kabin Persona lapang dan penggunaan warna perang dan hitam menjadikan suasana lebih anggun, sementara tahap bunyi dan gegaran di dalam kabin adalah sangat terkawal.

Kotak gear CVT dan kepakaran Proton menala casis menghasilkan pemanduan yang tangkas, bertenaga dan sangat memuaskan. Persona 2022 juga dilengkapi dengan penapis udara N95 dan ini sangat disenangi oleh Rasyidi kerana ia menjadikan suasana kabin lebih nyaman dan terasa bersih.

Ciri sistem hiburan dengan kawalan suara adalah ciri yang digemarinya, malah dia kerap menggunakan ciri tersebut untuk mengawal suhu kabin dan juga tingkap pemandu.

Rasyidi juga memuji proses sambungan yang mudah antara peranti pitar dan sistem hiburan Persona yang juga dilengkapi hubungan 4G sendiri untuk sistem navigasi dan muzik dalam talian.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Hampir semua pemilik yang kami temubual memuji Proton kerana melengkapi kereta ini dengan 6 slot USB. “Sekarang semua orang ada peranti pintar jadi setiap slot USB berguna, terutama untuk perjalanan jauh, barulah penumpang tak berebut,” katanya lagi.

Slot USB berhampiran cermin pandang belakang membolehkan pemandu memasang perakam video digital (dashcam) dengan lebih kemas tanpa wayar berserabut.

“Mungkin ciri ini tak disedari oleh ramai orang tetapi ia membolehkan saya menyambung kamera depan dengan lebih mudah dan kita semua tahu bagaimana ciri ini semakin penting sekarang,” sambungnya lagi.

Sebagai pengangkutan keluarga, Mohd Rasyidi mementingkan keselamatan dan keputusan cemerlang lima bintang untuk ujian keselamatan Asean NCAP menambah keyakinan beliau.

“Ciri brek anti kunci, bantuan brek dan juga pengesan halangan depan dan belakang banyak membantu dalam kegunaan harian, terutama ketika parkir dan di laluan sempit,” katanya lagi.

Kesimpulannya ialah pemandu Persona rata-rata gembira dengan pilihan mereka!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply