ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima perkara yang membuatkan Myvi begitu tersohor di Malaysia

Views

Sebut pasal Perodua Myvi bermacam-macam kisah mengenainya, ada yang positif dan ada yang negatif. Model hatchback kompak yang terlaris di Malaysia ini begitu popular di kalangan peminat dan ‘haters’nya. Artikel kali ini menyenaraikan lima perkara yang membuatkan Myvi begitu tersohor di Malaysia, ada yang bagus, ada yang sebaliknya. Jom lah kita baca!

1. Model kereta nasional paling laris sepanjang zaman, lebih 1 juta unit Perodua Myvi telah dikeluarkan
Inilah punca utama mengapa model ini begitu tersohor dan sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Sejak ia mula diperkenalkan pada Mei 2005, hanya dua generasi sahaja diperlukan untuk jumlah pengeluarannya berjaya mengatasi angka tersebut. Populasi Myvi dijangka bakal bertambah setelah generasi ke-3nya dilancarkan nanti. Myvi juga pernah memegang takhta kereta nombor satu di Malaysia sehingga penghujung 2014 dan masih meneruskan momentumnya sebagai salah satu model kereta yang paling laris. Hebat kan?

BACA >> Perodua Myvi cecah angka sejuta unit

2. Kereta yang begitu dipercayai dan jarang mendatangkan masalah besar kepada pemilik
Jarang kita dengar model ini mendatangkan masalah besar kepada pemiliknya dan agak sukar juga untuk terlihat model ini tersadai di tepi jalan. Jika ada pun ia mungkin hanya kes-kes yang terpencil. Khidmat lepas jualan Perodua juga diakui antara yang terbaik di Malaysia. Walaupun teknologi yang digunapakai bukanlah yang tercanggih, tapi ia sudah cukup untuk tidak memeningkan kepala dan kerap mengeringkan duit dalam dompet pemilik untuk menjaganya. Terbaik!

3. Mampu melakukan aksi luar biasa dan bertukar menjadi kenderaan pelbagai guna
Pernah tengok gambar Myvi terbang dan mendarat atas sebuah van, mengangkut sofa, menjadi jentera penuai padi dan bot nelayan, selain cubaan untuk menuruni anak tangga macam dalam babak filem Italian Job tak? Kalau pernah tengok, anda pasti akan tergelak sendirian dan memahami apa maksud kami. Gambar-gambar ini pernah tular di laman sosial dan masih lagi boleh dicari menerusi Encik Google dan enjin carian yang lain. Yang ni kami bergurau je, jangan marah ye!

4. Sikap segelintir pemandu Myvi yang merasakan mereka ‘Raja di jalan raya’
Yang ini memang tak sedap nak diperkatakan, tapi kena terimalah hakikat tersebut. Bila dah banyak tu memang macam-macam ragam pemandu Myvi di atas jalan raya dan ia sememangnya di luar kawalan. Ramai yang berhemah tetapi mereka sering terpalit dengan sikap segelintir pemandu model ini yang menganggap mereka ‘Raja di jalan raya Malaysia’.

Pernah kena kena dicucuk rapat dari belakang, kena suluh lampu tinggi dengan Myvi tak? Kalau pernah kita geng, itu kira biasa-biasa je, ada lagi teruk kena buli dengan Myvi. Pemandu model kereta lain pun buat hal juga, tapi yang melibatkan Myvi kadang-kala ia agak ‘terlampau’ sikit. Perodua pun dah pesan supaya kita #MuhibahDiJalanraya.

Perodua Myvi - BJB 8685

5. Kes melibatkan pemandu Myvi yang mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia

Sebut pasal tajuk ni tentu anda akan ingat beberapa perkara yang membuatkan seluruh Malaysia bersatu dan mengecam perbuatan segelintir pemandu Myvi. Kisah beberapa buah Myvi dari Kelab Familia Myvi (FMC) yang berlumba sesama sendiri mengakibatkan dua beradik menjadi yatim piatu dalam kemalangan di lebuhraya DUKE, kisah beberapa gadis yang menaiki sebuah Myvi bertumbuk dan mencederakan seorang pemandu teksi dan yang terbaharu pemandu Myvi hijau yang berlagak samseng di Subang Jaya dan banyak lagi.

Yang kena marah Myvi juga, padahal Myvi tak salah pun! Sikap pemandu Myvi yang sepatutnya dipersalahkan. Penulisan ini hanyalah santai dan selingan sementara menantikan kem culan model baharu Myvi. Jangan ambil hati dan hantar surat saman kepada kami pula ye, adios amigos, chow cin cau!

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply