ARKIB

KATEGORI

Buletin

Litar permotoran bakal dibina di seluruh negara tahun depan, masuk dalam Bajet 2023 – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bercadang membina litar permotoran di seluruh negara pada tahun depan.

Menurut UTUSAN, beliau berkata, cadangan pembinaan litar bagi memperkasa program pembangunan sukan pemotoran negara dan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat dua litar permotoran dibina di Terengganu dan Melaka. Katanya, pembinaan litar itu juga sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap aktiviti permotoran, seterusnya mengurangkan kegiatan tidak sihat di jalan raya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ujar beliau, apabila litar tersebut siap kelak, sudah tentu memberi peluang kepada golongan belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Lebih 30,000 pemilik dan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara menyertai perhimpunan dua hari itu.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Ismail Sabri berkata, beliau kagum melihat sokongan dan penyertaan luar biasa anak-anak muda pada perhimpunan tersebut selepas kali terakhir pada 2019.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur, Kelab RXZ Members Official Malaysia kerana menghimpunkan ribuan pemilik motosikal RXZ dari seluruh negara.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan akan memberi sokongan kepada penganjuran perhimpunan ini pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply