ARKIB

KATEGORI

Buletin

Litar Ujian Berteknologi MIROS (MT3) sepanjang 1km siap hujung tahun ini

Berita Tempatan

Views

Litar Ujian Berteknologi MIROS (MT3), yang bakal siap dibina pada penghujung tahun ini menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan kenderaan di negara ini serta rantau Asia Tenggara.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pembinaan MT3 sepanjang satu kilometer itu selari dengan pelantikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN.

Beliau berkata, MT3 menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara anggota ASEAN, termasuk dalam pengurusan data, pembangunan piawaian, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, makmal MT3 yang diwujudkan di sini juga berpotensi menjadi pemangkin ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, disokong oleh program sedia ada seperti Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (NCAP) dan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

Tambahnya, pembangunan MT3 ini diharap dapat menarik pihak swasta dan agensi lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan dihasilkan dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan supaya kenderaan terbabit berada pada taraf lima bintang di pasaran serta selamat digunakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Litar Ujian Berteknologi MIROS (MT3), di Sepang, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian, Datuk Razali Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon dan Ketua Pengarah MIROS, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim.

Pembinaan MT3 selari dengan usaha kerajaan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030, melalui bidang keutamaan yang memfokuskan kepada penggunaan kenderaan lebih selamat merangkumi isu kebolehjalanan membabitkan kenderaan sedia ada dan persediaan ke arah penggunaan kenderaan generasi baharu.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Litar MT3 dibahagikan kepada empat kumpulan seperti ujian berkaitan bantuan keselamatan kepada kawalan kestabilan elektronik (ESC), penjejakan titik buta (BSD), pembrekan kecemasan autonomi (AEB) dan sistem pembrekan antikunci (ABS).

Ka Siong berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan dapat melaksanakan pengujian kenderaan di MT3 bagi proses kajian, penyelidikan dan penilaian seperti Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan penilaian kenderaan mengikut Standard Malaysia serta Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di peringkat antarabangsa.

Katanya, kerjasama antara MIROS dan JPJ itu dapat mengukuhkan serta meningkat tahap keselamatan kenderaan di negara ini.

Tambah beliau lagi, Kementerian Pengangkutan sentiasa menyokong usaha dan komitmen MIROS dalam memastikan usaha yang membawa kepada kemajuan signifikan dapat diteruskan serta dilaksanakan seperti yang dirancang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply