ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori tangki terbalik, diesel tumpah atas jalan

Berita Tempatan

Views

Sebuah lori tangki diesel terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat berhadapan Engle Ranch Resort di Port Dickson, pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Shaib Md Dah berkata, lori tangki yang terbalik itu membawa sebanyak 49,140 liter diesel.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelas beliau, insiden menyebabkan berlakunya tumpahan minyak di jalan raya namun tidak ada mangsa terbabit dalam kemalangan.

Tambah beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, kerja kawalan dan pembersihan kesan tumpahan minyak sedang dilakukan pasukan khas. Tugas pembersihan dilakukan anggota Balai Bomba Teluk Kemang dibantu Balai Bomba Seremban 2.

Tambah beliau lagi, pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dinasihatkan supaya berhati-hati kerana keadaan laluan yang agak licin kesan tumpahan minyak itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply