ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus dapat suntikan dana £10 juta!

Views

PIC

Pengeluar kereta sports, Lotus telah mendapat suntikan dana £10 juta daripada geran kerajaan UK, yang bakal membuka lebih 300 peluang pekerjaan baharu. Regional Growth Fund (RGF) telah memberikan dana berjumlan £10.44 juta yang bakal digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan produk bersama latihan kakitangan mereka. Selain itu juga dijangka akan mencipta 313 jawatan baharu sepenuh masa untuk membantu proses produksi untuk tahun yang akan datang.

Setiausaha Perniagaan, Vince Cable MP telah melawat ibu pejabat Lotus di Norfolk baru-baru ini, di mana beliau telah melawat fasiliti kilang dan unit kejuruteraan sambil mengumumkan geran untuk pihak pengurusan Lotus. Geran tersebut akan menjadi dana tambahan kepada Lotus, setelah mendapat suntikan pelaburan berjumlah £100 juta daripada pemiliknya DRB-HICOM yang akan membantu syarikat meningkatkan kemampuan kejuruteraan, produktiviti, kecekapan dan kualiti. Lotus juga telah mengambil lebih daripada 130 kakitangan baharu yang telah diumumkan pada Julai 2013.

Aslam Farikullah, Ketua Pegawai Operasi Lotus, berkata: “Geran ini merupakan sebahagian daripada strategi Lotus untuk berkembang. Kami akan meningkatan permintaan global kereta keluaran kami dan perkhidmatan perunding kejuruteraan serta mengubah kedudukan Lotus sebagai peneraju dalam inovasi automotif global.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • sungguh kesian nasib lotus di bawah pengurusan proton yang sekarang ini di bawah DRB. mesti berbulu org britain, terutamanya Jeremy Clarkson. haha


  • Boleh baca tulisan Jeremy Clarkson di Top Gear mengenai Lotus di bawah Proton.

    http://www.topgear.com/uk/jeremy-clarkson/Jeremy-on-fixing-lotus-column-2013-04-22

    Kesimpulannya, Proton sendiri bergelut untuk mengumpul modal membangunkan model2 kereta mereka.

    Untuk melabur wang yang besar sehingga beratus juta pound sudah tentu agak membebankan. RnD, teknologi kereta sport bukanlah murah. Proton bukanlah sebesar BMW, Tata motors, VW yang telah mengambil alih kereta2 British lain. Sebab itu jangan pelik kalau model2 keluaran Lotus tidak serancak pengeluar lain. Malah model tradisi lotus seperti Esprit pun belum tentu keluar tahun 2014.

    BTW, dari satu segi, ia baik untuk proton yg mendapat teknologi automotif. Cuma pulangan dari segi wang dan imej proton di eropah, mungkin masih belum dibuktikan.

Leave a Reply