ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Type 132 bakal buat kemunculan pada 29 Mac ini

Berita Global

Views
Welcome Lotus Type 132

Akhirnya, Lotus mengesahkan akan melancarkan crossover sulung mereka, Type 132 pada 29 Mac ini. Dalam masa yang sama Lotus turut mendedahkan beberapa lagi ‘acahan’ terbaharu yang memaparkan imbasan reka bentuk luaran, dalaman dan trenkuasanya.

Dari luar, kita dapat melihat jejalur lampu jenis LED yang nipis di bahagian belakang, rim dengan kemasan gentian karbon, cermin sisi jenis digital dan angkup brek yang tertera jenama Lotus.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ke bahagian dalam pula, kelihatan paparan kelompok meter digital dan stereng sport dengan kemasan jahitan bebenang yang kontras. Dalam video acah sebelum ini, Lotus telah memperlihatkan sistem infohibur jenis terapung.

Meskipun masih berahsia tentang spesifikasinya, Lotus mengesahkan yang crossover elektrik ini akan menampilkan teknologi 800-volt dan pek bateri dengan kapasiti antara 92 ke 120 kWh.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Difahamkan Type 132 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh kurang dari tiga saat. Model ini dibangunkan dari seni bina Lotus Premium yang menjadi asas kepada kenderaan dalam segmen C hingga ke E dengan jarak gandar dari 2,889 mm hingga 3,100 mm.

Pelantar ini akan digunakan sebagai asas kepada pelbagai model berbeza termasuklah model coupe empat-pintu pada 2023, crossover yang bersaiz lebih kecil pada 2025 dan kereta sport pada 2026. Dalam artikel terdahulu, unit ujian Type 132 telah berjaya dikesan di China.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply