ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Lotus Type 132 dikesan di China

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian prototaip pra-pengeluaran SUV pertama Lotus, namakod Type 132 baru-baru ini telah dikesan di China. Beberapa foto prototaip yang sarat dengan celoreng penyamaran itu telah dimuatnaik ke laman Weibo oleh warganet bernama 球墨铸铁BX.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Meskipun dalam gambar ini SUV kelihatan agak besar, ia sebenarnya tidak se’bagak’ seperti yang diterjemahkan dalam bentuk gambaran artis sebelum ini. Lotus berkata, Type 132 ini nanti akan ‘sekufu’ dengan model lain, contohnya Porsche Cayenne.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Bagi memastikan hasrat ini tercapai, Lotus telah membangunkannya daripada seni bina pengecasan-pantas 800-volt, sama seperti Porsche Taycan atau KIA EV6, dan ia dilengkapi dengan dwi motor. Menurut Lotus, Type 132 hanya memerlukan bawah tiga saat untuk memecut dari  0-100 km/j.

Mengikut perancangan, Lotus akan mendedahkan model ini pada musim bunga nanti. Dijangka harga untuk model Type 132 ini akan bermula dari $100,000 (RM418,827). Nampaknya, Lotus bukan sahaja mula mengikut jejak pesaingnya, malah bakal ‘mengacau’ mereka di pasaran kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 球墨铸铁BX

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply