Semasa pembentangan strategi “Smart Geely 2025” pada 1 November yang lalu, Geely Auto Group telah mengesahkan yang jenama Lynk & Co, bakal tiba ke pasaran Malaysia. Selain Malaysia, Lynk & Co akan memasuki pasaran di Rusia, Australia dan juga New Zealand.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Walaubagaimanapun, Geely Auto tidak menyatakan secara spesifik bilakah dan model Lynk & Co yang mana akan diperkenalkan di negara ini.
Sebenarnya pada tahun 2019, kelibat beberapa unit ujian model pemanduan sebelah kiri (LHD) Lynk & Co antaranya 01, 02 dan 03+ kerap dilihat di jalan raya Malaysia, namun setelah pandemik Covid-19 melanda, ia terus ‘hilang tanpa khabar berita’.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Dalam masa yang sama, Geely turut menyatakan komitmen mereka untuk terus memberikan sokongan kepada Proton dengan sasaran untuk menjadikannya sebagai jenama Nombor 1 di Malaysia dan berada pada kedudukan tiga teratas dalam pasaran rantau ASEAN, menerusi pengenalan teknologi dan produk baharu.
Kami menjangkakan model-model Lynk & Co akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang baharu usaha sama Proton dan Geely di Tanjung Malim. Mungkin, Lynk & Co akan menjadikan fasiliti di Tanjung Malim sebagai hab pemasangannya untuk model pemanduan sebelah kanan (RHD).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI