ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi facelift bakal dilancar pada 18 November?

Berita Tempatan

Views

Kami memperolehi satu lagi informasi terkini mengenai model Myvi facelift dari ejen perisik Mat Bond. Menurutnya, ada desas-desus mengatakan Myvi facelift bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 November ini (Khamis minggu depan).

Namun, tidak pasti sama ada acara tersebut dilangsungkan secara maya atau secara bersemuka dengan kehadiran yang terhad memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda.

Semalam, Perodua secara rasminya membuka tempahan untuk Myvi facelift di semua pusat pameran jualan Perodua seluruh negara.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Julat harga bagi Myvi facelift ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

Myvi facelift akan ditawarkan dalam lima varian, antaranya 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.

Kesemua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terkini, direka dengan mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

Myvi facelift ini juga turut memperkenalkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya ditawarkan untuk varian AV.

Warna lain termasuk Ivory WhiteGlittering SilverLava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue. Nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran digital Myvi facelift dari Theophilus Chin

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply