ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines dan BMW Group Malaysia perkenal Khidmat Pemindahan Terminal bermula 1 Februari

Berita Tempatan

Views

Malaysia Airlines hari ini memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal yang berciri peribadi lagi eksklusif antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1.

Pekhidmatan bertaraf premium ini adalah kolaborasi bersama BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.

Bermula 1 Februari 2024, para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines akan menikmati pengalaman kemewahan bertaraf tinggi dengan khidmat pemindahan menerusi kenderaan elektrik (EV) tulen, BMW i7.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam ini menawarkan satu pilihan yang lebih lestari dan premium buat para penumpang Malaysia Airlines, selain khidmat pemindahan Bas Premium yang disediakan oleh operator lapangan terbang ini susulan penggantungan sementara sistem aerotrain.

Buat permulaan, barisan kenderaan BMW i7 akan dikerahkan untuk mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama.

Kelak, syarikat penerbangan ini juga akan mengerahkan beberapa unit kenderaan tambahan untuk mengambil penumpang yang tiba ke lapangan terbang tersebut, susulan penyempurnaan balai singgah ketibaan di Bangunan Satelit.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Para penumpang berpeluang untuk menikmati sebuah perkhidmatan yang bertaraf premium dan peribadi. Ini juga bermakna mereka tidak perlu berkongsi kenderaan dengan penumpang lain.

Perkhidmatan yang eksklusif ini menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih tertumpu, sesuai bagi pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat (4) penumpang bagi setiap kenderaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi, perkhidmatan eksklusif ini merupakan dedikasi syarikat untuk menaik taraf standard perkhidmatan demi pengalaman penerbangan yang lebih eksklusif, didukung oleh Hospitaliti Malaysia yang tiada bandingannya.

Daftar sekarang untuk menjadi ahli Enrich dan mula mengumpul Enrich Points bagi menikmati pelbagai tawaran keahlian yang eksklusif, serta muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai aneka promosi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply