ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Model sedan apakah ini, nampak macam GAC Aion S Plus je?

Foto Intip

Views

Sekali lagi kelibat sebuah model sedan ‘misteri’ telah berjaya dirakam oleh lensa kamera pemilik akaun Facebook bernama Harriz Alfaisal pagi tadi.

Foto intipan terdahulu

Foto tersebut telah pun dimuatnaik ke laman group Live Car Breathe Car. Walaubagaimanapun, hanya foto bahagian belakangnya sempat dirakam ketika ia sedang ‘tersekat’ dalam kesesakan jalan raya.

Jika diperhatikan pada nombor plat perdagangan ‘P 1379 A‘ yang digunakannya, ternyata ia merupakan nombor yang sama pada unit ujian GAC Aion S Plus yang pernah dikesan sebelum ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan itu sahaja, grafik motif reka corak celoreng pelekat penyamaran itu juga hampir serupa. Paling ketara ialah rekaan lampu belakangnya yang nipis dan bersambung, serta tempat meletak nombor platnya yang berada di bahagian bawah.

Model sedan elektrik tahap mercu itu dijana oleh motor elektrik yang menghasilkan 204 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas.

Ia ditawarkan dengan tiga tahap jarak pemanduan berbeza, bermula dari 410 km, 510 km dan 602 km (NEDC). Aion S Plus mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 6.8 saat.

Dari segi dimensi, Aion S Plus berukuran 4,810 mm panjang, 1,880 mm lebar dan jarak antara gandar rodanya pula, 2,750 mm.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Di Malaysia, kenderaan dari jenama Guangzhou Automobile Group (GAC), akan diedar dan dipasang oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), yang merupakan anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd.

Syarikat tersebut telah melabur lebih RM60 juta untuk menaik taraf kilang pembuatan milik Tan Chong di Segambut bagi pemasangan tempatan model (CKD) model GAC Motor GS3 serba baharu.

Projek CKD terbabit adalah sebahagian daripada perkongsian komersil jangka panjang GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong di rantau ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan inventori yang menarik dan komprehensif bagi model GAC Motor pemanduan sebelah kanan (RHD), termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harriz Alfaisal

GAC Aion S Plus

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply