ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines kini penerbangan rasmi Manchester United

Berita Tempatan

Views

Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai syarikat penerbangan komersial rasmi kelab itu.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, berkata pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan perkongsian menarik ini dengan MU, sebuah kelab yang sinonim dengan kecemerlangan dan semangat bersukan di seluruh dunia dan mengukuhkan jejak global mereka.

Katanya, kerjasama itu menghimpunkan dua ikon global untuk mencipta kenangan pengalaman untuk peminat dan pelanggan.

“Sama seperti bola sepak yang menyatukan manusia dari seluruh dunia perjalanan hidup, merentasi sempadan dan budaya, perjalanan juga mempunyai kuasa untuk menghubungkan kita dengan cara yang sama.

“Melalui perkongsian ini, Malaysia Airlines bersedia untuk melebarkan Hospitaliti Malaysia yang terkenal kepada lebih 1.1 bilion peminat MU dan pengikut di seluruh dunia termasuk 577 juta peminatnya yang berada di dalam pasaran utama kami.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Ia juga bagi memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai, di samping menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman mendalam membabitkan kedua-dua jenama ini.

“Kerjasama dengan kelab yang diiktiraf di peringkat global seperti MU meletakkan Malaysia Airlines di hadapan masyarakat dunia selain mampu meningkatkan jenama kami terutamanya di Eropah dan Asia Tenggara di mana kelab ini mempunyai peminat yang besar dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perkongsian di antara Malaysia Airlines dengan Manchester United di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alliances & Partnerships Manchester United, Victoria Timpson, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi serta pemain lagenda MU, Patrice Evra dan Wes Brown.

Mengulas lanjut Izham berkata kerjasama itu juga bakal menjadi penyumbang utama dalam mencapai rancangan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG dan berfungsi sebagai pintu masuk MAG ke seluruh dunia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, MAG turut memperkenalkan laluan baharunya ke Maldives; Chiang Mai, Thailand dan Da Nang, Vietnam yang tersedia dijual bermula hari ini.

Syarikat penerbangan itu akan memulakan penerbangan hariannya ke Maldives pada 1 Ogos, Da Nang (24 September) dan Chiang Mai (15 Ogos).

Sementara itu Victoria berkata Manchester United mempunyai jalinan yang lama dan hubungan yang membanggakan dengan Malaysia, dengan sejarah sokongan penuh semangat daripada seluruh negara.

“Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia, dengan cawangan Kuala Lumpur menjadi salah satu komuniti penyokong terbesar bagi kelab ini, mencerminkan kecintaan rakyat negara ini terhadap semua perkara membabitkan MU.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Malaysia Airlines menjadi sebahagian daripada keluarga rakan kongsi kami dan melihat ke hadapan untuk berkongsi dengan peminat global kami yang dipercayai dan mesra perkhidmatan,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Airlines

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply