ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi konvoi sahur, 2 penunggang motosikal maut dirempuh lori kontena

Berita Tempatan

Views

Konvoi lapan lelaki warga Singapura untuk bersahur di Pagoh bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas motosikal dirempuh lori kontena dalam kemalangan di Kilometer 111.4, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Yong Peng, di Batu Pahat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lapan lelaki asing terbabit menunggang motosikal secara konvoi dari Singapura untuk bersahur.

Menurutnya, laporan polis diterima jam 3 pagi yang menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan, tayar salah satu motosikal ditunggang pancit dan penunggangnya berhenti di Rehat dan Rawat (RnR) Yong Peng.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menyedari kejadian, tujuh penunggang di hadapan memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.

Sejurus kemudian, lori kontena dari arah sama dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, hilang kawalan lalu memasuki laluan kecemasan.

Lori itu kemudian merempuh kumpulan konvoi terbabit menyebabkan dua daripadanya maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ismail berkata, kedua-dua mangsa maut berusia 26 tahun manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Katanya lagi, pemandu lori bersama kelindan berusia 29 tahun serta salah seorang penunggang konvoi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu lori kontena sudah reman tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan. Ujian air kencing terhadap terhadap pemandu lori dapati negatif. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply