ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia minat untuk keluarkan kereta super

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan kemungkinan Malaysia bakal menjadi pengeluar kereta super selepas ini. Dalam lawatannya ke Turki, Perdana Menteri berkata, syarikat pengeluar kereta super negara tersebut, Onuk bersedia untuk menawarkan kepakaran mereka dalam pembuatan kereta tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Menurut Dr Mahathir, beliau sebenarnya sudah lama mengetahi mengenai perkara ini tetapi tiada tindakan susulan dibuat ketika itu memandangkan beliau bukan perdana menteri. Katanya lagi, sekarang syarikat tersebut bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia, bukan sahaja untuk kereta ini, tetapi juga kereta lain.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya sama ada beliau berminat untuk menggunakan teknologi kereta super di Malaysia. Sebelum berlepas pulang selepas mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Turki, malam tadi, beliau ditunjukkan dua jenis kereta super, Onuk Sazan dan Onuk S56/G yang dipamerkan di luar bilik orang kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Sehari sebelum itu, ketika berdialog dalam program bersama kapten Industri, beliau menawarkan kepakaran Malaysia, jika Turki berminat mengeluarkan kereta nasional sendiri berdasarkan kejayaan Proton dan Perodua. Sementara itu, Dr Mahathir memuji kejayaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul sebagai bukti keupayaan syarikat dari Malaysia.

Katanya, MAHB turut mengurus lapangan terbang di beberapa negara lain, namun ISGIA yang dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, adalah yang terbesar dengan 34 juta trafik penumpang setahun. Bahkan ia jauh lebih besar daripada KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), tambah Dr Mahathir lagi.

* Pada tahun 2005 Malaysia ada satu projek kereta super, Esna Venere yang dibangunkan dari pelantar TVR Chimaera. Namun projek ini hilang begitu sahaja selepas pengasasnya meninggal dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Yahoo! News

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply