ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 2S baharu Toyota di Klang kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Menyedari pentingnya rangkaian servis yang komprehensif untuk pelanggannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) merasmikan pembukaan pusat 2S terbaharunya di Klang, Selangor. Pusat yang dimiliki oleh PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd ini, menawarkan perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan dan pemilik Toyota di Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Botanik serta kawasan sekitarnya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd merupakan pengedar jenama Toyota sejak 2015 dengan memiliki outlet yang terletak di Bukit Tinggi, Klang. Setelah empat tahun, jualan mereka semakin meningkat dan mereka telah membuat pelaburan untuk mengembangkan fasiliti sedia ada kepada outlet bertaraf 2S.

Pusat servis terbaharu ini dilengkapi dengan 19 ruang servis yang dikendalikan oleh kakitangan yang mahir dan ia turut dilengkapi dengan perkakasan diagnostik dan Peralatan Servis Khas untuk menyelenggara kenderaan Toyota.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Sambil menunggu kereta mereka diservis, pelanggan boleh beristirehat di lounge yang selesa. Mengulas mengenai pembukaan pusat ini, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, berkata syarikat amat gembira apabila PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd membuat keputusan untuk menaiktaraf fasiliti selepas jualan mereka.

Ini sekaligus membuktikan falsafah  “Pelanggan Diutamakan” Toyota di mana keutamaan dan perkhidmatan nilai-tambah disediakan untuk kemudahan para pelanggan. PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd terletak di PT 7420 Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-3323 9398 (Jualan) atau 03-3385 2381 / 010-396 0468 (Servis).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply