ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Maruti Swift Dzire 2017 bakal dilancarkan di India Mei ini

Views

Inilah dia generasi baharu Maruti Swift Dzire atau versi sedan Suzuki Swift untuk pasaran India yang bakal dilancarkan pada 25 Mei 2017. Namun pihak Maruti Suzuki belum mengesahkan tarikh tersebut dan tempahan untuk model ini juga masih belum dibuka. Rekabentuk Maruti Swift Dzire 2017 kali ini jauh lebih menarik dari model sebelumnya, namun ia masih lagi kelihatan agak pelik terutama di bahagian belakang.

Difahamkan model ini dibangunkan dari pelantar baharu Maruti yang lebih ringan dan dijangka ia lebih ringan berbanding model sebelumnya selain lebih cekap bahan api. Di bahagian dalam, Maruti Dzire 2017 menggunakan warna dua tona, gabungan hitam dan beige yang diserikan lagi dengan kehadiran kemasan krom, perak dan kayu dibeberapa tempat tertentu.

Pilihan penjana kuasa untuk sedan baharu ini termasuklah versi diesel empat-silinder 1.3L DDiS 190 yang digabungkan bersama transmisi manual lima-kelajuan atau lima-kelajuan AGS (AMT), selain versi petrol empat-silinder 1.2L 4-cyl K12B yang digabungkan bersama transmisi manual lima-kelajuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-center-console-leaked 2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-instrument-cluster-leaked 2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-interior-leaked Exterior-of-the-2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-front-leaked Exterior-of-the-2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-front-quarter-leaked Exterior-of-the-2017-Maruti-Swift-Dzire-3rd-gen-rear-quarter-leaked

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Rekabentuk dari Maruti Suzuki kadangkala sangat mengancam, kadangkala tak boleh pergi.. Yang penting kebanyakan model Maruti sangat laku di India..

Leave a Reply