Menyirap je darah kami bila dapat tahu mengenai cerita ini yang mula tular sejak pagi tadi. Menurut info di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian tersebut berlaku lewat petang 21/06/2019 di Jalan Guar Chempedak menghala Yan. Ia dikatakan berpunca daripada seorang penunggang motorsikal (Mat Rempit) yang terjatuh ketika membuat aksi “wheelie”.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Disebabkan oleh ‘kebebalan’ Mat Rempit itu, sebuah Mitsubishi Triton dari arah bertentangan cuba mengelaknya, lalu terbabas hingga melanggar sebatang pokok. Trak pikap malang itu terus terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh pula sebuah Nissan Almera.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Video kejadian berjaya dirakam oleh dashcam yang dipasang pada Nissan Almera tersebut. Rata-rata warganet mengecam tindakan Mat Rempit ‘berambut karat’ itu yang menjadi punca kemalangan. Setakat ini tiada info mengenai keadaan pemandu Mitsubishi Triton dan Nissan Almera yang terlibat. Mat Rempit itu pula dikatakan patah peha.
Mujur kau tak mati jadi lempeng dik, semoga kau insaf dan berubah jadi lebih baik. Kalau boleh dia ni diharamkan terus dari mendapat apa-apa lesen kenderaan seumur hidup. Bukan apa, risau juga perangai ‘gila’ ni masih dibawa sampai ke tua nanti.
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI