ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK : ETCM bakal bawa Nissan Almera generasi baharu dan Kicks tahun depan?

Info

Views

Desas-desus mengatakan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCM) kini sedang siap sedia untuk membawa masuk dua model baharu ke pasaran Malaysia tahun depan. Dua model ini dijangka bakal menaikkan kembali angka jualan syarikat tersebut kerana kemunculannya sudah pasti bakal dinanti-nantikan.

Model yang bakal dibawa masuk oleh mereka nanti adalah model sedan generasi baharu Nissan Almera dan SUV kompak Kicks. Menurut info dari perisik kami Mat Bond, Almera (N18) versi Malaysia nanti akan memiliki spesifikasi yang sama dengan model dari Jepun.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Almera generasi baharu akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluaran milik ETCM di Serendah. Dikatakan kilang tersebut sedang giat menaik taraf barisan pengeluaran sedia ada untuk mengeluarkan model tersebut. Paling menarik, versi 1.0 liter turbo bakal membuat kemunculan pertamanya di sini.

Kicks pula bakal membuat kemunculan rasminya pada suku ke-4 tahun 2020 dan ia bakal memberi cabaran kepada Honda HR-V dan Proton X50 apabila dilancarkan nanti. Selain itu, ETCM sedang menantikan masa yang sesuai untuk melancarkan model Leaf ke pasaran tempatan dalam tahun ini.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Model tersebut telah dipamerkan buat pertama kali untuk tatapan umum di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 pada bulan Disember tahun lalu. Model yang kini berada di Malaysia adalah merupakan versi E-Power yang masih ada sebuah enjin pembakaran dalaman yang digunakan hanya untuk mengecas bateri. Kereta ini dipacu oleh empat motor elektrik yang berada di setiap tayar.

Nampaknya ETCM sudah siapa siaga dengan model-model baharu mereka. Adakah anda gembira dengan perkembangan terbaharu ini? Kami agak teruja kerana dua model ini mungkin mampu mengubah posisi Nissan dalam carta jualan kereta bukan nasional nanti.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Nissan Versa/Almera 2020

Nissan Kicks

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply